06 March 2014

Liwat II: Rayuan terhadap pembebasan Anwar bermula


Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Anwar SeriIbrahim daripada kes Liwat II akan didengar pagi di di Mahkamah Rayuan. Mahkamah menetapkan dua hari sehingga esok.

Ini ekoran Mahkamah Persekutuan semalam mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan.

LAPORAN LANGSUNG

9.28am Wakil rakyat yang kelihatan dalam mahkamah, Wong Chen (Parlimen Kelana Jaya), Dr Tan Kee Kwong (Parlimen Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (DUN Seri Setia).

9.20am Pasukan pendakwaan sudah bersedia di dalam mahkamah dan menunggu peguam pembelaan Karpal Singh. Khabar angin tersebar bahawa Anwar akan failkan permohonan menukar hakim.

Di luar, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, beberapa aktivis dan penyokong AMK disekat memasuki Istana Kehakiman.

Beberapa minit kemudian hanya Rafizi dibenarkan masuk.

9.19am Mahkamah penuh sesak, termasuk kehadiran pemerhati antarabangsa.

Antara kelihatan di galeri awam wakil Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman dan Kesatuan Antara Parlimen  Mark Trowell.

9:10am Ketibaan Anwar di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah serta dua anak perempuannya.

Beliau terus menuju ke kamar Mahkamah Rayuan di tingkat 2.

9.05am Kawalan keselamatan ketat di mahkamah ekoran insiden semalam yang menyaksikan orang ramai cuba merempuh pasukan keselamatan.

Orang ramai hanya dibenarkan memasuki mahkamah melalui pintu depan sahaja yang dilengkapi dengan mesin X-ray.

Panel Mahkamah Rayuan diketuai hakim Balia Yusof Wahi. Anggota lain Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh. - Mkini

No comments:

Post a Comment