23 February 2014

3 lelaki maut berbalas tembakan


Seri Manjung: Polis berjaya menembak mati tiga lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian di Kampung Buruk Bakul, di sini, kira-kira jam 5 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Dato Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, tiga suspek maut di tempat kejadian selepas berbalas tembakan dengan polis.
"Suspek dikesan pasukan khas polis selepas melakukan samun di sebuah rumah di Kampung Serapoh Parit dua jam sebelum itu.

"Suspek dipercayai terbabit dalam 15 kes Jenayah di daerah Perak Tengah sejak tahun lalu," katanya pada sidang media Di sini.

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Dato Mohd Dzuraidi Ibrahim (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada senjata yang digunakan oleh penjenayah.

No comments:

Post a Comment