23 February 2014

MCA kembali dalam Kabinet


KUALA LUMPUR 23 Feb. - MCA memutuskan untuk kembali menyertai Kabinet dan akan menduduki jawatan dalam kerajaan selepas mendapat sokongan majoriti dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, majoriti daripada 1,982 perwakilan yang hadir menyokong resolusi untuk kembali dalam kerajaan itu, manakala lima perwakilan membantah dan empat mengambil sikap berkecuali.

Bagaimanapun, menurutnya, MCA tidak akan terburu-buru untuk kembali dalam kerajaan kerana mahu menyelesaikan beberapa isu membabitkan parti itu terlebih dahulu.

"Keputusan dalam EGM itu membuktikan bahawa perwakilan mahu MCA terus bersuara mewakili masyarakat Cina dalam Kabinet bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

EGM itu diadakan sejurus selepas MCA mengadakan Sambutan Ulang Tahun ke-65 di Wisma MCA, Jalan Ampang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment