SHAH ALAM – Akibat kenaikan kos sara hidup, pakar menjangkakan lebih
ramai rakyat di negara ini bakal berdepan masalah hutang yang kronik.
Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi
Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri
berkata, hal ini berlaku kerana hutang untuk menampung kekurangan atau
ketidakcukupan pendapatan kesan daripada kenaikan harga barangan.
Menurut beliau, peningkatan yang berlaku ini sudah pastinya akan
menyebabkan pengguna bandar terutama dalam kalangan berpendapatan
sederhana rendah dan rendah (miskin bandar) rasa terbeban.
“Pendapatan yang diperoleh terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi
keperluan perbelanjaan semasa yang semakin meningkat dan menyebabkan
keadaan ketidakcukupan pendapatan berlaku.
“Ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu terpaksa memikirkan
bagaimana hutang atau pinjaman sedia ada perlu dijelaskan,” katanya.
Kesan daripada itu, beliau menjangkakan ada dalam kalangan pengguna
yang akan mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman daripada sumber
terlarang seperti syarikat pemberi pinjaman wang yang tidak sah atau
berlesen bagi menampung kekurangan atau ketidakcukupan pendapatan.
“Malah, ada yang sanggup berhutang dengan ceti haram atau ‘Ah long’.
Ini akan menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman keselamatan diri dan
keluarga,” ujarnya. - SH
APLIKASI LINE UNTUK JAVA
ReplyDeleteAPLIKASI LINE UNTUK JAVA
APLIKASI BBM UNTUK SEMUA HP
APLIKASI HACK PULSA UNTUK XL , AXIS , INDOSAT
SELAMAT MENCOBA LUMAYAN BUAT SERU SERUAN