10 January 2014

Ariel Sharon kritikal

TEL AVIV - ISRAEL. Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dilaporkan berada dalam keadaan kritikal setelah lapan tahun koma, kata seorang jurucakap hospital Israel, semalam.


Kenyataan itu dibuat lapan hari selepas Pusat Perubatan Sheba mengumumkan kehidupan Sharon berada dalam bahaya kerana berlaku ketidak stabilan dalam rawatannya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Perubatan Sheba, Zeev Rotstein berkata, kesihatan Sharon merosot berpunca daripada kegagalan fungsi buah pinggang dan merebak ke organ lain.

Jurucakap hospital, Amir Marom berkata, pada petang semalam, keluarga Sharon telah berada disisi katilnya dan mencadangkan istilah "Ibrani" digunakan apabila kehidupan Sharon berada dalam keadan bahaya sekali lagi.

Sharon adalah Perdana Menteri Israel sejak 2001 sehingga 2006.

Beliau dimasukkan ke hospital selepas berlaku pendarahan otak dan koma.

Bagaimanapun sebelum ini keadaannya stabil. - SH

No comments:

Post a Comment