SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai
berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan,
kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.
Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan,
melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia malam ini, kedua-dua
anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan
siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.
Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh
mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga
keselamatan masyarakat.
"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan
anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej
pasukan.
"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya
mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan
dan tidak berintegriti," katanya. - SH
No comments:
Post a Comment