10 January 2014

Saya tak perlu jet mewah, Putrajaya kini banyak duit untuk dibelanjakan, kata Dr Mahathir

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata beliau tidak memerlukan sebarang pesawat mewah sewaktu pimpinan beliau namun berpendapat kerajaan kini mempunyai wang mencukupi untuk membelanjakan kemewahan tersebut.


Dr Mahathir berkata, sewaktu pimpinannya selama 22 tahun beliau telah mengurangkan kos pesawat pada awal pimpinannya iaitu sewaktu krisis ekonomi melanda.

"Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 daripada perdana menteri yang lepas. Mereka beritahu saya, kerajaan memerlukan RM2 bilion setahun untuknya. Jadi kami jual kapal terbang itu kerana kami perlukan hanya sebuah kapal terbang kecil. Jadi kami beli Challenger," katanya kepada media ketika diwawancara sempena 10 tahun persaraan beliau.

Tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Putrajaya kini memiliki sekurang-kurangnya tujuh kapal terbang, termasuk jet kelas perniagaan Boeing.
Kapal terbang itu digunakan oleh VVIP termasuk Yang Dipertuan Agung dan perdana menteri. Ia termasuklah Falcon, Global Express, jet kelas perniagaan Boeing, Blackhawk, 2 Augusta dan Fokker F28.

Tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu parlimen, Putrajaya membelanjakan RM14.95 juta untuk petrol dan RM160.08 juta untuk pengendalian semua jet itu.
Bagi Dr Mahathir, memiliki sebuah jet kecil sekarang ini sepatutnya tidak menjadi isu.
"Kerajaan sekarang lebih kaya berbanding masa saya dahulu. Mungkin sebab itu mereka membuat penambahbaikan," katanya sinis.

Jet-jet Putrajaya mendapat perhatian blogger Umno dua minggu lalu yang mendesak kebenaran adakah Najib mempunyai dua jet mewah kerana Airbus ACJ320 dilaporkan telah disewakan kepada kerajaan.
Putrajaya menjawab, penyewaan  Airbus ACJ320 yang bermula 1 Februari 2013 berakhir 31 Disember tahun lalu.
Mereka memaklumkan, penyewaan itu perlu kerana Putrajaya kekurangan jet. – 9 Januari, 2014. - TMI

No comments:

Post a Comment