KUALA LUMPUR - Seorang pembaca berita sebuah televisyen swasta dan
keluarganya berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di
hadapan rumahnya di Kota Damansara, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, difahamkan personaliti televisyen dan tiga anaknya hendak keluar rumah.
Menurut sumber, ketika kejadian suami kepada pembaca berita itu berada
di luar rumah bersama dua anak lelakinya yang berusia dua dan empat
tahun, manakala wanita itu sedang memangku anak bongsunya yang berusia
sembilan bulan di kawasan tempat letak kereta.
“Tiba-tiba empat suspek yang menaiki dua buah motosikal berhenti dan
dua daripada mereka meluru ke arah suami pembaca berita itu, lalu
menyerang dan memukul lelaki berkenaan,” katanya.
Menurutnya, suspek menyamun dompet mangsa sebelum melarikan diri setelah pembaca berita berkenaan menjerit meminta pertolongan.
“Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai
Polis Damansara. Difahamkan suami kepada pembaca berita itu cedera di
bahu dan kepala,” katanya. - SH
Ada pernah lapor Malaysia aman sebelum ini?
No comments:
Post a Comment