26 January 2014

MP selar polis nafi dera kontraktor


Anggota Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung menolak penafian polis bahawa tiga anggotanya terlibat memukul seorang kontraktor dalam lokap di Kubang Pasu.

Gooi mempersoalkan bagaimana polis membuat kesimpulan bahawa Zul Hilmi Abdul Rahman tidak dipukul ketika ditahan pada 12 Disember, dengan secepat kilat.

Lelaki 32 tahun itu didakwa dipukul pada kaki, buah zakar dan bahu menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada 23 Disember.

Ditemui di rumahnya di Alor Setar pada Rabu, Zul Hilmi berkata, beliau tidak lagi dapat bekerja atau hidup seperti biasa, malah mungkin tidak dapat memiliki zuriat.

Ketua polis daerah Kubang Pasu cif superintenden Ibrahim Mohd Yusoff dilaporkan berkata, laporan pemeriksaan perubatan menunjukkan tiada tanda-tanda pukulan pada tubuh Zul Hilmi. - Malaysiakini

1 comment:

  1. Semoga polis-polis tersebut akan menerima bala dari Allah...!

    ReplyDelete