Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pelantikan
menteri besar di negeri itu perlu mendapat konsensus daripada tiga
komponen parti dalam Pakatan Rakyat seterusnya mendapat perkenan sultan.
"Tak ada. Proses pelantikan MB perlu mendapat konsensus ketiga-tiga
parti (dalam Pakatan Rakyat). Calon menteri besar dipilih dan
dipersetujui ketiga-tiga parti.
"Mereka juga akan memberitahu kepada Tuanku Sultan dan perkenan Sultan.
Jadi banyak tatacaranya," katanya bagi menjawab soalan pemberita di
Kuala Lumpur hari ini.
Beliau ditanya sama ada peletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh sebagai usaha menyingkirkan beliau sebagai menteri besar.
Ditanya sama ada ura-ura Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar bertanding di
DUN Kajang dalam pilihan raya kecil dan menggantikan beliau, Khalid
berkata:
"Kita belum ada perbincangan lagi (mengenainya). Perkara itu akan
ditentukan oleh biro politik (PKR)," katanya sambil menjelaskan bahawa
beliau "tidak terkejut" dengan usaha menggantikannya kerana sebelum ini
ada "ura-ura" mengenainya.
Ditanya sama ada beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan sekiranya PAS
dan DAP bersetuju beliau berbuat demikian, Khalid berkata:
"Ia boleh dilakukan dengan ketiga-tiga parti duduk bersama. Kena ada perbincangan. Tapi sekarang tidak ada lagi". Malaysiakini
No comments:
Post a Comment