SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad setuju sekiranya
debat isu kalimah ALLAH diteruskan kerana tiada dalil yang mengharamkan
kalimah ini digunakan oleh bukan orang Islam.
Katanya, pada asalnya, penggunaan kalimah ALLAH tidak salah digunakan
dan enakmen sedia ada hanya merupakan ijtihad dan satu pandangan ke arah
menyekat penyebaran agama lain di kalangan umat Islam.
“Kerana itu saya berpendapat perkara ini boleh dibahaskan,” katanya.
Menurut Khalid, masyarakat Islam tidak memegang pada ajaran Islam
secara kemas kerana bukan adanya Injil dalam Bahasa Melayu dan Indonesia
tetapi kegagalan pemimpin umat Islam yang tidak menghayati Islam dan
tidak menzahirkan kehebatan Islam.
Katanya, kejahilan umat Islam terhadap Islam itu perlu ditingkatkan
kefahamannya setelah umat Islam tidak nampak akan kehebatan dan bangga
dengan kejayaan Islam.
Malah beliau akui bersedia untuk berdebat dengan Noh atau sesiapa dari Umno mengenai persoalan ini, di mana-mana sahaja. -SH
Debat yang tidak perlu.
Harap YB dan PAS Selangor lebih fokus kpd usaha nahi mungkar di Selangor...
ReplyDelete