Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun
malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak dimana halal darahnya
adalah satu pernyataan yang teruk. Ia merupakan satu kenyataan berunsur
jenayah yang boleh mengundang bahaya besar.
Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada Mufti berkenaan
akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah
kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan
songsang Mufti itu. Tidakkah tindakan itu merbahaya?
Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta
membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana
disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga
mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera
menyiasat.
Pandangan sebegitu dari seorang menganggap dirinya ulamak adalah sangat
malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian
lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan
hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam
Ia adalah pandangan terbuka tanpa ada tapisan dari segi bahasa, tidak
bijaksana sebagai seorang dikatakan alim al ulamak mengeluarkan
kenyataan sampah (rubbish) begitu. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas
mana-mana peserta himpunan Turun selepas hari ini, Harussani hendaklah
dipertanggungjawabkan. Jangan lepaskan beliau.
Gesaan pihak-pihak tertentu agar Mufti berkenaan menarik balik dan
mohon maaf ekoran kenyataan itu adalah wajar dan perlu disokong.
Harussani harus sedar apa yang dilakukan itu mengikut 'mesin' Umno,
sesuatu yang merosakkan penghormatan orang bukan Islam terhadap
institusi bernama Mufti. Malanglah Islam yang kita gemilangkan selama
ini tiba-tiba rosak dengan hanya pandangan seorang manusia seperti
beliau.
Apa dilakukan Harussani seperti umpama rosak susu sebelanga kerana nila
setitik. Adalah wajar kalau kerajaan Perak menilai semula keilmuan
Harussani di dalam hal ini, dari segi lisan dan akidah agar negeri itu
tidak direkodkan sebagai mempunyai seorang Mufti yang kurang waras
pertama di negara ini.
Kalau perlu beliau harus dipecat kerana kerosakkan bukan hanya kepada
dirinya tetapi seluruh institusi ulamak, mufti di negara ini turut sama
ternoda oleh perbuatannya.
Dalam masa kita memburu dan menentang penyebaran Bible dalam bahasa
Melayu oleh Kristian, tetapi kita pula sanggup mengeluarkan pandangan
demikian yang entah di ambil dari kitab 'jumhur' mana dan dituju pula
kepada darah daging sendiri hanya semata-mata kerana termakan racun
bernama politik mendokong Umno.
Mohd Sayuti Omar
No comments:
Post a Comment