SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu disarankan supaya
mengakui kepimpinan dua sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar
As Shiddiq dan Saidina Umar Bin Khattab sebagai bukti tidak terlibat
fahaman Syiah.
Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
menyarankan perkara itu melalui laman Facebooknya hari ini bagi
menangkis dakwaan yang dikenakan kepadanya.
Mohd Asri yang dipetik sebagai berkata, Mohamad atau Mat Sabu perlu
mengistiharkan kepada umum kepimpinan dua sahabat Rasulullah SAW sebagai
pemimpin yang sah.
"Mudah saja, kalau Mat Sabu bukan Syiah dia hendaklah mengisytiharkan
pada umum bahawa beliau mengakui kepimpinan Abu Bakar dan Umar sebagai
pemimpin yang sah lagi berada atas landasan petunjuk ALLAH dan
Rasul-NYA," tulisnya.
Semalam, media melaporkan KDN meminta Mohamad tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah. - SH
Selepas istihar, puak sebelah sana akan kata Mat Sabu menipu kerana sifat syiah suka menipu. Ia tidaklah semudah itu.
No comments:
Post a Comment