SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, tidak ada
keperluan untuk dirinya membuktikan bahawa beliau bukan pengamal ajaran
Syiah, sebaliknya mereka yang menuduhnya lah perlu mengemukakan bukti
sahih bagi mengaitkan dirinya dengan fahaman itu.
Malah katanya, meminta orang yang dituduh mengemukakan bukti bagi
menafikan dakwaan ke atas dirinya juga bukan suatu amalan di negara ini.
"Bukti mesti dari yang menuduh... itulah amalan di Malaysia," ujarnya
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian Online.
Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu semalam digesa
mengemukakan bukti bahawa dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah. -SH
No comments:
Post a Comment