Khabar angin mengenai 23 remaja yang hilang di sebuah vila lama dekat
Danga Bay Johor Bahru semalam menjadi perbincangan hangat rata-rata
pengguna laman sosial Facebook hari ini.
Di laman sosial Twitter, berita mengenai villa berhantu tersebut atau
lebih dikenali sebagai Villa Nabila menjadi "trending" sejak dari
semalam hingga ke hari ini.
Rata-rata pengguna Internet berkongsi kisah dan maklumat mengenai Villa
Nabila yang tersenarai antara lima tempat paling menyeramkan di
Malaysia oleh portal pelancongan Amerika Syarikat, Expedia.
Biarpun perkara mengenai kehilangan 23 remaja yang hilang dalam villa
tersebut dinafikan polis, pengguna Internet percaya perkara sebenar cuba
disembunyikan pihak berkuasa.
"Apa sebenarnya cerita #VillaNabila ni? @TwtICYM ada tweetpic gambar2
tu semua gambar betul ke? BUKAN SEORANG SAJA YANG 'DISOROK' katanya."
kata pengguna twitter @CikHaf.
"@Hannis Chan: Media massa kata seorang je yang hilang. Hal ini kerana
media massa tak nak memperbesarkan cerita, atas sebab2 tertentu," kata
seorang lagi pengguna Twitter.
Satu laman Facebook "Misteri Villa Nabila di Johor Bahru" yang
dibangunkan mendapat 48,920 tanda suka oleh pengguna Internet dalam masa
hanya semalaman.
Terdapat enam versi cerita mengenai Villa Nabila yang tidak berpenghuni
selama 40 tahun antaranya Nabila yang merupakan anak tunggal dari
keluarga kaya raya dibunuh oleh orang gajinya.
Versi lain pula menyatakan Villa Nabila itu asalnya dinamakan Christine
Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari barat.
Anak ahli perniagaan yang bernama Nabila akhirnya dibunuh kerana
keengganan bapanya membahagikan kan harta kepada adik beradiknya lain
menyebabkan villa itu akhirnya terbiar tidak berpenghuni.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Abdul
Samad Salleh hari ini berkata pihaknya hanya menerima satu laporan polis
berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun yang gagal pulang
ke rumah sejak Sabtu lalu yang didakwa memasuki Villa Nabila di sini.
Operasi mencari remaja berasal dari Majidee itu masih diteruskan dan disiasat dibawah kes orang hilang.
Turut dilaporkan kawasan luar vila tersebut kini dipenuhi dengan kehadiran orang ramai. – 18 November, 2013.
Ya! semua orang dok riuh cerita pasal Villa Nabila ini. Macam-macam versi punya ada, macam cerita seram kat TV ler pulak
ReplyDelete