Akhbar Mingguan Malaysia tanpa berselindung lagi hari ini
menyeru agar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek segera berundur
dari mengetuai parti tersebut atas kegagalan parti berkenaan dalam
pilihan raya umum lalu.
Seruan itu timbul ekoran usaha terbaru
Chua untuk menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan salah laku
kerajaan pusat, kata pengarang Mingguan Malaysia dalam pojok Awang
Selamat hari ini.
“Pada Awang, selama inipun, tanpa jawatankuasa
seumpama itu, MCA kerap bertindak seperti suara pembangkang. Parti itu
tidak juga menang, malah kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13.
“Kepada
Soi Lek, berilah peluang kepada muka lain untuk menerajui MCA. Parti
itu tidak ketandusan pemimpin,” kata pengarang berkenaan dalam tulisan
tersebut.
Menurutnya lagi, Chua seharusnya mengakui kesilapan
sendiri sehingga menyebabkan kekalahan parti berkenaan dalam pilihan
raya tersebut.
“Era Soi Lek sudah berlalu. Dont overstay your welcome atau bahasa mudahnya, jangan sampai orang meluat,” tulisan itu dipetik. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment