SUNGAI BESAR 17 Nov. - Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama
di sini berusia 15 tahun mendakwa dirogol oleh teman lelakinya di
sebuah bilik darjah di sekolah tersebut pada 24 Oktober lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, suspek dikatakan
menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mangsa untuk berjumpa
di sebuah bilik darjah yang tidak digunakan.
Dalam pertemuan tersebut, teman lelakinya yang juga pelajar sekolah
sama dan sebaya kemudian mengajak melakukan hubungan seks di atas meja.
Kejadian itu kemudian terbongkar dan diketahui keluarga mangsa lalu
ibunya yang merupakan suri rumah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis
Daerah Sabak Bernam (IPD) pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Muhammad
berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa menghantar SMS kepada
teman lelakinya menyatakan kebimbangan mungkin dia mengandung kerana
tidak didatangi haid sejak hari kejadian.
"Teman lelaki mangsa yang panik dengan SMS itu kemudian telah
menghantar SMS kepada tunang bapa saudara mangsa bagi meminta pandangan
serta bantuan.
"Menyedari perbuatan itu serius dan tidak bermoral, wanita tersebut
memberikan SMS kepada bapa saudara mangsa yang kemudian memaklumkan
kepada ibu pelajar terbabit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Noor Mushar berkata, mangsa dikatakan mengenali suspek sejak tiga
tahun lalu dan mengakui telah lima kali melakukan hubungan seks bersama
suspek yang kesemuanya dilakukan di tempat sama.
"Kejadian masih disiasat dan tangkapan terhadap suspek masih belum
dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,"
katanya. - Utusan
JUST FOLLOW U.NICE INFO...BANYAK PERKARA MENARIK...GUDLUCK...
ReplyDeletehttp://abanghas.blogspot.com