26 November 2013

Jangan lihat dari lensa agama, kaum

KUALA LUMPUR - Kemuncak pembangunan negara boleh dicapai sekiranya rakyat tidak melihat satu sama lain melalui lensa agama atau kaum, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata beliau sedar cabarannya besar kerana Malaysia terlalu kompleks, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk mencapai perpaduan negara.

"Pada kesudahannya, national unity (perpaduan negara) akan berpunca daripada minda kita sendiri. Jika kita sudah melihat antara kita bukan melalui lensa agama atau kaum, pada masa itu kita boleh mencapai satu keadaan kemuncak kepada proses 'nation building' (pembangunan negara)," katanya.

Najib berkata demikian pada majlis penyampaian watikah pelantikan kepada 29 anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Pengerusi MKPN Tan Sri Samsudin Osman. - Bernama

Lensa agama (Islam) tidak mampu?

No comments:

Post a Comment