Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
menyifatkan cadangan agar menteri menggunakan duit sendiri untuk mengisi
minyak sebagai "cadangan bodoh".
Menurutnya lagi, ia sepatutnya dilaksanakan ketua-ketua negeri Pakatan Rakyat terlebih dahulu.
Beliau
berkata demikian sewaktu mengulas cadangan itu yang diajukan Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang medianya pagi tadi susulan
kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20sen.
"Saya tak nak
jawab soalan bodoh yang dia (Rafizi) utarakan. Dia memang bodoh budak
ini. Dulu pun saya tak korup dia kata saya korup.
"Saya nak
suruh dia beritahu menteri besar dia dan exco-exconya, ketua menteri
Pulau Pinang dan menteri besar Kelantan supaya bayar duit sendiri juga,"
katanya selepas satu sidang media petang tadi.
Menurutnya,
negeri-negeri Pakatan perlu melaksanakan cadangan itu dahulu
memandangkan ia datang daripada Pakatan Rakyat sendiri.
"Mulalah dahulu, kita tak cadang, sebab kita ini berkhidmat kepada rakyat," katanya.
'Tanyalah pakar sejarah'
Mengulas
cadangan anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang agar satu
suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran di sebalik
tragedi 13 Mei 1969, Nazri berkata perkara itu sewajarnya dirujuk kepada
pakar sejarah.
"Sejarah adalah sejarah. Kenapa nak kena ada suruhanjaya pula, pergilah tanya sejarahwan kita.
"Mereka yang menulis buku sejarah," katanya.
Beliau
mengulas cadangan Lim yang dibuat susulan kenyataan beliau yang
menggesa orang Cina agar tidak perlu rasa bersalah dengan gambaran
peristiwa 13 Mei 1969 seperti digambarkan dalam filem Tanda Putera. - Mkini
Nak tahu siapa bodoh. Berdebatlah.