Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
menggesa Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said agar menyerah diri kepada
polis susulan siasatan pengibaran bendera Sang Saka Malaya sewaktu
beliau berucap pada malam ambang kemerdekaan.
Menurutnya, semua orang termasuklah menteri sekali pun perlu memberi kerjasama kepada siasatan polis.
"Semua orang sama. Kalau kita menteri sekali pun kita lakukan kesalahan polis panggil kita pergilah.
"Siapa besar sangat A Samad Said ini?.
"Kalau orang dah panggil pergilah, ingat dia besar sangatkah dia ini," katanya sewaktu mengulas perkara itu. - Mkini
Jasanya sangat besar bukan harap songkok sahaja besar.