SHAH
ALAM - Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said telah ditahan polis
sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera
selain Jalur Gemilang pada malam sambutan Ambang Merdeka, Jumaat lalu.
"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi.
"Saya dibawa tiga anggota polis," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta Samad supaya menyerah diri.
Menurutnya, sasterawan itu merupakan antara tiga individu yang dilaporkan dilihat dalam insiden berkenaan.
Dua
individu lain iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan
aktivis politik, Hishamuddin Rais telah ditahan polis malam kelmarin di
Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Dang Wangi.
Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3.00 pagi semalam selepas diambil keterangan.
Pada
sambutan malam kemerdekaan Jumaat lalu, sekumpulan aktivitis pro
pembangkang dilihat bertindak mengibarkan bendera lain bagi menggantikan
Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.
Rakaman video berkaitan insiden itu telah dimuat naik di laman sosial. - SH
Bukan polis sepatutnya tahan penjenayah?