Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa polis terpaksa
menahan Datuk A Samad Said selepas pengerusi bersama BERSIH itu
menyelinap masuk ke rumah pada tengah malam kelmarin.
Katanya,
polis pada awalnya mengunjungi rumah A Samad pada Selasa malam lalu
namun sasterawan negara itu hanya pulang pada tengah malam dengan
senyap-senyap.
Pasukan polis yang sedang menunggu pada masa itu
menahan A Samad sebaik beliau pulang, kata Khalid dalam satu sidang
media hari ini.
Katanya, polis sebelum itu telah meminta A Samad menyerah diri tetapi permintaan tersebut tidak dipenuhi. - Malaysiakini
Takkanlah pulang tengah malam terpekik-pekik macam orang minum todi.