Bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia
dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota
Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau
pembangkang.
"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR
tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat
diperkukuhkan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib
berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri
Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat
persekutuan di Istana Negara.
Langkah itu, yang bertujuan
untuk meningkatkan kredibiliti SPR, dibuat ketika Pakatan Rakyat
melancarkan kempen terhadap suruhanjaya itu berikutan dakwaan penipuan
dalam pilihan raya umum ke-13 bulan lepas.
Pakatan pembangkang
mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus
kerusi di Parlimen berbanding dengan parti pemerintah, yang hanya menang
47 peratus undi popular tetapi memperolehi 60 peratus kerusi kerana
amalan persempadanan kawasan pilihanraya.
Persempadanan semula
kawasan pilihan raya oleh SPR dijangka dilaksanakan lewat tahun ini dan
Pakatan dijangka mengenakan untuk membetulkan ketidakseimbangan jumlah
pengundi, yang didakwa memberi kelebihan kepada BN
Najib turut
melaporkan kepada Tuanku Abdul Halim bahawa buat kali ke-13 sejak
kemerdekaan, Malaysia berjaya menyelesaikan secara aman dan tertib
pilihan raya umum bagi memilih wakil rakyat dan seterusnya membentuk
kerajaan di peringkat persekutuan dan 12 negeri mengikut lunas-lunas
yang digariskan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara.
"Patik
ingin menjunjung kasih di atas perkenan kepercayaan Tuanku melantik
patik selaku perdana menteri Malaysia selaras dengan mandat yang telah
diberikan rakyat di bawah sistem raja berpelembagaan dan demokrasi
berparlimen.
"Amanah ini akan patik dan rakan-rakan jemaah
menteri serta anggota pentadbiran lain lunaskan dengan penuh keinsafan
bagi membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan
dengan bimbingan Tuanku dan izin Allah SWT," kata Najib.
Beliau
berkata selesainya proses pilihan raya bermakna penerusan kembali
pelayaran bahtera negara untuk tempoh lima tahun akan datang menuju
matlamat wawasan kebangsaaan.
"Dalam tempoh itu kita akan
menamatkan Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 dan memulakan RMK ke-11,
rancangan pembangunan lima tahun terakhir sebelum tercapainya Wawasan
2020 yang akan menyaksikan Malaysia, dengan izin Allah SWT," tambahnya.
Najib
juga berkata, kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada SPR untuk
menambah baik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan
lancar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Perdana
menteri menegaskan janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok
tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu
dengan melempar pelbagai persepsi liar.
Beliau menarik
perhatian hakikat SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan,
sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan
undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan
anggotanya
mendapat perlindungan jawatan yang sama dengan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.
Najib
berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri
Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat
persekutuan di Istana
Negara.
Raja Permaisuri Agong Tuanku
Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu. Turut
hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet. - Bernama
Pengerusi dan timbalannya masih orang yang sama? Jika ya, rakyat anggap ini haya suatu sandiwara baharu.