02 June 2013

Polis: Kes kematian Karuna tiada unsur jenayah

Ketua polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata tiada unsur jenayah dalam kes kematian seorang jurutera, P Karuna Nithi yang maut semasa dalam tahanan polis malam semalam.

"Laporan bedah siasat masih belum keluar, jadi saya tidak boleh mengulas lanjut. Kami telah mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut, tidak ada unsur jenayah," kata Osman sepeti dipetik laman Astro Awani.

Karuna ditahan pada hari Isnin lalu selepas didakwa menyerang isterinya. Beliau didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada hari Jumaat lalu.

Menurut bekas MP Kapar S Manikavasabam, yang kini membantu keluarga Karuan berkata, anggota keluarga si mati tidak mampu mengumpul RM4,000 untuk jaminan.



Keluarga berkenaan bercadang untuk membayar jaminan tersebut esok.

Mereka bagaimanapun dimaklumkan mengenai kematian Karuna pada malam tadi.

Jurutera maut dalam lokap IPD Tampin

Seorang jurutera, P Karuna menjadi individu ketiga yang maut dalam tahanan polis dalam tempoh dua minggu. Keluarganya dimaklumkan mengenai kematian di Tampin itu pada malam tadi.

Keluarga Karuna dimaklumkan melalui telefon pada jam 9.45 malam tadi bahawa lelaki tersebut “meninggal dunia tiba-tiba” pada jam 7 petang di ibu pejabat polis daerah Tampin, kata bekas MP Kapar S Manikavasagam hari ini.

Manikavasagam, yang mengiringi keluarga berkenaan ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pagi ini berkata anggota keluarga tersebut menemui kesan kecederaan di mayat berkenaan.

"Hanya orang dibenarkan melihat mayat terseut. Saya tidak dibenarkan kerana saya bukan anggota keluarga, jadi beritahu keluarga untuk memeriksa mayat tersebut,” katanya.

Beliau juga berkata, anggota keluarga tersebut menemui darah di tempat simpanan mayat berkenaan.

Seorang saudara Karuan, P Ilam berkata beliau menemui kesan lebam di tangan Karuan dan darah di bahagian kepala mayat tersebut. - Malaysiakini