Apple kini menawarkan Macbook Air baru mereka dengan menggunakan
pemprosesan Intel Core generasi keempat bersama grafik terpantas,
setoran flash yang laju sehingga 45 peratus berbanding versi sebelum ini
dan sambungan Wi-Fi 802.11ac.
Teknologi Wi-Fi 802.11ac memastikan kadar pemindahan data selaju
1.3Gbps iaitu tiga kali ganda lebih pantas berbanding Wi-Fi jenis
802.11n yang biasa didapati dalam laptop.
Model ditawarkan dalam saiz 11 dan 13 inci yang bermula pada harga
kira-kira RM3,000, Apple turut memperkenalkan stesen AirPort Extreme dan
AirPort Time Capsule yang direka semula bercirikan 802.11ac yang
memastikan rangkaian tiga kali lebih laju.
Jangka hayat baterinya
pula bertambah kepada 12 jam (untuk saiz 13 inci) selain dilengkapi
cip pemprosesan Intel Core i5 dan Core i7 yang turut menyaksikan jangka
hayat bateri untuk saiz 11 inci bertahan selama sembilan jam.
Grafiknya pula dilengkapi Intel HD Graphics 5000 yang memastikan
prestasi grafik 40 peratus lebih laju untuk game dan aplikasi grafik
berkualiti tinggi.
Ia masih lagi mengekalkan rekaan ringan selain dwimikrofon,
kamera FaceTime HD, port Thunderbolt yang pantas dan dua port USB 3.0.
SPESIFIKASI:
MACBOOK AIR
Harga: Bermula kira-kira RM3,000
Paparan: 11. 6 inci dan 13.3 inci
Setoran: 128GB hingga 256GB
Pemprosesan: 1.3GHz dual-core Intel Core i5
Memori: 4GB 1600MHz LPDDR3
Grafik: Intel HD Graphics 5000
Kamera: 720p FaceTime HD
Sambungan: WiFi 802.11ac, Bluetooth 4.0
OS: X Mountain Lion
HMetro