Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar
meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan
rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan Bernama menyebut,
A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser
paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.
Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.
"Pagi
ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat
bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ,"
katanya Anwa seperti dipetik Bernama.
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri
Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.
Jenazah
dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala
Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan.
Satu
pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala
Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan
raya umum 5 Mei.
Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.
BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan. - Malaysiakini
Tempat itu kubu kuat Umno. PAS perlu 'Ketua Pemuda PAS'.