Mahkamah Sesyen di Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara empat tahun
kepada seorang anggota kerabat diraja kerana dituduh mencederakan
peninju negara Muhamad Farkhan Mohd Haron.
Hakim Zamri Bakar
menjatuhkan hukuman terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir,
28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohamad Arif Husin selepas mendapati
ketiga-tiga individu tersebut bersalah kerana menyebabkan kecederaan
kepada Farkhan.
Katiga-tiga individu tersebut diperintahkan
menjalani hukuman bermula hari ini apabila hakim menolak permohonan
mereka untuk menangguh pelaksanaan hukuman sebelum membuat rayuan.
Peguam
Gobind Singh Deo bertindak sebagai peguam pemerhati bagi peninju
kebangsaan tersebut, yang pernah memenangi pingat emas dalam temasya
Sukan SEA.- mkini
Yang mana satu peninju ni?