28 June 2013

Hakim kes Kugan bersara pagi ini

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham (gambar) yang berumur 65 tahun hari ini bersara pagi ini.

Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A. Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.

Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider Singham yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas telah dihalang untuk menaikkan pangkat beberapa kali.

Ramai dari rakan-rakan seangkatannya telah dijadikan Pesuruhjaya Kehakiman lebih 10 tahun lalu, dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
The Malaysian Insider difahamkan beliau telah menghantar surat untuk bersara tidak lama dahulu.

Singham sendiri mendiamkan diri mengenai persaraannya pagi ini dan berurusan seperti biasa dan melayan pemberita yang mahukan penghakiman bertulisnya dalam kes Kugan dimana beliau menganugerahkan ibu kepada mengsa lebih RM800,000.

Singham dianggap sebagai “orang yang baik untuk dijadikan rujukan.”
Beliau merupakan seorang peguam sebelum beliau menjadi pesuruhjaya kehakiman. Beliau juga pernah berkhidmat sebentar sebagai seorang wartawan. - 28 Jun, 2013.