KUALA LUMPUR, 23 Jun - Penutupan operasi sekolah akibat bencana
jerebu di beberapa kawasan hari ini turut meliputi guru dan petugas lain
di sekolah berkenaan.
Menurut sumber Kementerian Pendidikan, kesemua mereka tidak perlu hadir bertugas di sekolah yang berkenaan esok.
Beliau yang dihubungi Bernama di sini malam tadi diminta
mengulas mengenai kenyataan beberapa guru yang diarah hadir di sekolah
masing-masing esok walaupun kerajaan telah mengumumkan sekolah terbabit
ditutup kerana jerebu.
Sumber itu turut mengesahkan pihaknya telah dimaklumkan semua sekolah
di Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditutup hari ini.
Peringkat daerah pula meliputi sekolah di Segamat, Muar dan Ledang di
Johor, Kuantan (Pahang) dan Port Dickson (Negeri Sembilan), katanya. -
BERNAMA
Pentadbir sekolah diingat jangan terlebih sudu dari kuah.