Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menyokong
kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung
gesaan berpindah ke negara lain jika tidak puas hati dengan sistem
pilihan raya sedia ada.
Noh (kiri)
yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas turut berkata,
individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini
sewajarnya "duduk di dalam hutan".
"Pembangkang nampaknya sudah
melampaui batas dan tak hormati perlembagaan dan tatasusila. Saya secara
peribadi menyokong penuh kenyataan Datuk Zahid.
"Hanya orang
duduk dalam hutan.... Tak mahu ikut undang-undang, duduk dalam hutan,"
katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri
pertanian dan asas tani yang baru Datuk Seri Ismail Sabri.
Bukan sekarang pun kita sedang duduk dalam hutan (undang-undang rimba - yang kuat secara terang-terang salah guna kuasa).