Datuk Wan Ahmad Wan Omar |
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemuda itu jelas melanggar dua kesalahan iaitu cubaan mengundi dua kali dan membawa keluar kertas undi yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan hilang hak mengundi selama lima tahun, jika disabit kesalahan.
"Saya cukup kasihan dengan budak itu, dia rasa perbuatan dia begitu berani dan seronok sedangkan dia tidak sedar dia diperalatkan oleh orang politik.
"Kalaupun dia menyesal sudah tidak berguna, dia tidak boleh nafikan lagi kerana pengakuannya telah tercatit di bawah aduan polis...inilah akibatnya apabila hendak cuba menipu sistem pilihan raya," katanya.
Beliau berkata polis perlu menyiasat tuduhan pemuda berkenaan kerana banyak perkara yang diceritakannya adalah tidak masuk akal, wujud persoalan dan boleh dipertikaikan kebenarannya.
"Bagaimana dia boleh masuk untuk mengundi dua kali sedangkan nama telah dipotong dan bagaimana dia dapat bawa kertas undi itu keluar sedangkan banyak mata yang melihat dan proses yang ketat dijalankan bagi memastikan tiada kertas dibawa keluar...ini perkara yang perlu disiasat.
"Ini kes yang menarik, adakah dia berbohong?... SPR cukup berminat hendak lihat apa hasil siasatan polis dan kami akan beri kerjasama pada polis untuk memberikan penjelasan yang diperlukan," katanya.
Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR akan membuat 'post mortem' dalaman yang terperinci untuk melihat kelemahan, penambahbaikan dan perkara-perkara lain yang perlu dikaji.
Beliau berkata beberapa perkara teknikal yang terlepas pandang seperti teknik menggunakan dakwat kekal yang perlu digoncang setiap dua jam akan turut dijadikan pengajaran.
"Insiden dakwat telah berlaku jadi kami belajar dari kesilapan... kami terlalu fokus kepada menyimpan dakwat di lokasi selamat iaitu di lokap polis dan merahsiakan warna dakwat kerana hendak mengelakkan sabotaj pilihan raya hingga terlupa hendak baca dengan teliti cara penggunaan dakwat itu.
"Kami mungkin juga akan menambah lagi bilik-bilik darjah bagi mengatasi masalah beratur panjang ketika hari mengundi," katanya - Bernama
Sangat patutlah PR lawan orang seperti ini. Katanya berbelit-belit.