Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini sebulat suara
menolak peletakan jawatan Datuk Ibrahim Ali sebagai presiden pertubuhan
itu.
Sebaliknya, Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PERKASA bersetuju
melanjutkan tempoh cuti beliau sehingga Persidangan Agung Tahunannya
sebelum Disember ini.
Timbalan Presidennya Datuk Abd Rahman
Abu Bakar berkata ADT dan semua ahli pertubuhan itu berharap Ibrahim
terus memimpin PERKASA meneruskan perjuangan mempertahankan agenda
Melayu dan Islam yang semakin mencabar.
"Kami mengharapkan
beliau segera kembali meneruskan perjuangan dan kami berdiri teguh di
belakang kepimpinannya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat ADT
di ibunegara.
Selasa lepas, Ibrahim, yang gagal
mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dalam Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13), Ahad lepas, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada
setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dengan alasan mahu memberi
laluan kepada pemimpin lain menerajui pertubuhan itu.
alam
pada itu, Abd Rahman berkata PERKASA mengucapkan tahniah kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kejayaan Barisan Nasional
(BN) mendapat mandat rakyat dalam PRU13.
- Bernama
Pada kebiasaannya, orang yang hendak meletak jawatan dengan bersungguh-sungguh akan mengumumkan terlebih dahulu kepada umum. Kemudian barulah disusuli dengan surat perletakkan jawatan. Bau sandiwara itu ada.