Polis Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar bukan meletakkan
jawatan, sebagaimana yang disebarkan di media sosial, tetapi akan
bersara wajib pada 17 Mei ini.
Dalam satu kenyataan di laman
facebook rasmi PDRM, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
PDRM, ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata majlis persaraan Ismail akan
diadakan pada 16 Mei ini.
"PDRM memandang serius tentang
penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai peletakan jawatan
Ketua Polis Negara yang dikatakan ekoran desakan dari parti politik.
Kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu fitnah,"
katanya.
Menurutnya, keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga
berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti
yang digembar-gemburkan melalui media sosial.
"Justeru, orang
ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi
menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan
memanjangkan fitnah berkenaan," katanya.
Beliau mengingatkan
bahawa individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan
berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen
4(1) Akta Hasutan.
Ismail adalah IGP kesembilan selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Musa Hassan (kanan) pada September 2010.
Beliau
dijangka menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu
Bakar semasa majlis makan malam persaraannya pada 16 Mei. - Malaysiakini
Tak payahlah polis guna kekerasan dengan menangkap mereka. Jawap sahaja tuduhan itu melalui media polis atau media Umno-BN bagi menangkis tuduhan liar tersebut. Seterusnya biar rakyat berfikir sendiri.