Jumlah penjawat awam seramai 1.42 juta orang ketika ini merupakan saiz
yang sangat tepat atau mencukupi buat negara, kata Ketua Setiausaha
Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Bagaimanapun, katanya,
bilangan itu perlu ditambah pada masa depan berdasarkan kepada
permintaan terhadap perkhidmatan awam yang semakin meningkat khususnya
dalam bidang tertentu.
"Sekarang
kita guna konsep "re-deployment" atau pindahkan kakitangan daripada
jabatan yang mempunyai lebihan pekerja ke jabatan yang sangat
memerlukan.
"Bagaimanapun "re-deployment" ini tidak boleh
dilakukan selamanya, sebab itulah kita perlu tingkatkan pengambilan
penjawat awam pada masa akan datang," katanya dalam wawancara khas
bertajuk "Bersama KSN" yang siarkan di TV 1 sempena dengan Hari Pekerja
hari ini.
Selain itu, Ali yang menerajui perkhidmatan awam sejak
24 Jun 2012, berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan
pencapaian dan prestasi yang ditunjukkan penjawat awam di seluruh negara
terutama menerusi konsep `turun padang' yang diperkenalkannya.
"Selain dapat maklum balas bagaimana untuk perbaiki perkhidmatan awam,
konsep turun padang ini juga dapat merakyatkan perkhidmatan awam dan
program ini akan diteruskan," katanya.
Ali turut meminta
penjawat awam supaya bekerja dengan gigih, cepat serta berintergriti
untuk memajukan negara dan ekonomi dalam usaha Malaysia mencapai status
negara maju dalam tempoh tujuh tahun lagi.
- Bernama
Apa pula sumbangan KSN untuk penjawat awam?