Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim sekali lagi menukar
kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Datuk
Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.
Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu, lapor Utusan Online.
"Mohon
maaf kepada anak Saiful Bukhari. Sedar saya khianati anak sendiri.
Sebagai bapa tak boleh khianati anak dan langgar sumpah.
"Saya
hanya takut kepada Tuhan bukan manusia. Saya sedar sendiri dan telah
lakukan kesilapan besar khianati anak sendiri," katanya seperti dalam
laporan langsung akhbar itu.
Beliau seterusnya dilapor menarik
balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR
serta-merta dan tidak bercadang menyertai mana-mana parti lain.
Beliau menjelaskan, tindakannya sebelum ini dibuat akibat terpengaruh dengan beberapa pihak dan tidak timbul soal ganjaran.
"Kebetulan
nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat
istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang
sekeliling," katanya yang mengaku sudah insaf.
Beliau juga
menegaskan, tindakannya mengadakan sidang akhbar pada hari ini atas
kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh, dipengaruhi mahupun
dipujuk oleh sesiapa. - Malaysiakini
Gila apa orang tua ni.