Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan beliau dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow meletak jawatan minggu depan.
Selepas mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan pemimpin
Gerakan
di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata, mereka
membuat keputusan untuk bertanggungjawab terhadap prestasi hambar
Gerakan dalam pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Presiden Chang Ko
Youn akan mengambil alih sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan
Jun, apabila proses pemilihan parti bermula.
Koh berkata
Gerakan, seperti MCA, tidak akan menerima sebarang jawatan kabinet
peringkat pusat, tetapi akan menerima jawatan di peringkat negeri.
Koh akan meletakkan jawatan secara rasmi pada 16 Mei manakala Teng pula pada pada 11 Mei.
Beliau
berkata, pemilihan peringkat cawangan Gerakan akan bermula akhir bulan
Jun manakala pemilihan peringkat pusat pada 26 Oktober.
Selain
mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan Gerakan, Koh berkata
peletakan jawatannya adalah satu keputusan yang dibuat untuk membuka
jalan kepada pemimpin baru dan preoses "pembaharuan" dalam parti.
"Saya akan terus menyokong dan berkhidmat kepada parti dengan memberi nasihat dan idea jika dan apabila diperlukan.
"Saya juga merancang untuk menyumbang kepada program latihan Gerakan untuk ahli-ahli parti," katanya. - Malaysiakini
Lebih praktikal, masuk Pakatan.