Polis mengesahkan Hatijah Aam, balu kepada pengasas Al-Arqam, Asaari
Muhammad, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
pada pukul 11.30 pagi, hari ini.
Bagaimanapun Ketua Polis Daerah
Sepang Supt Imran Abdul Rahman berkata peranan polis dalam penahanan itu
hanya sebagai membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan
siasatan.
"Penahanan Hatijah Aam bukan di bawah bidang kuasa
polis sepenuhnya tetapi kita hanya membantu (JAIS) sahaja," katanya
ketika dihubungi Bernama.
Hatijah Aam yang lebih dikenali sebagai
Ummu Jah tiba di KLIA dari Jeddah, Arab Saudi dan terus dibawa ibu
pejabat JAIS di Shah Alam, Selangor.
Usaha Bernama untuk
mendapatkan penjelasan lanjut daripada JAIS mengenai siasatan yang
dijalankan ke atas Hatijah bagaimanapun gagal. - Bernama
Layanlah dia dengan baik.