13 May 2013

Anwar: Amaran ‘perkauman’ bekas hakim akan menyebabkan Hitler berbangga

Datuk Mohd. Noor Abdullah
KUALA LUMPUR, 13 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyelar bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah kerana memberi amaran kepada Cina mengenai tindak balas Melayu, mengatakan kenyataan “perkauman” beliau akan menyebabkan diktator Nazi Jerman Adolf Hitler berbangga.

Pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) itu menulis secara ringkas di blognya, tidak seperti Umno, pemimpin dalam pakatannya tidak akan menyebarkan kebencian kaum akan tetapi tentang keamanan dan saling hormat menghormati bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Sampai bila lagi kita boleh bertolak ansur dengan angin kebencian dan perangkap kaum dari kerajaan Najib yang tidak sah?” soal beliau.
“Ucapan perkauman bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah memalukan Klu Klux Klan dan membuatkan Hitler berbangga,” katanya metujuk kepada pemimpin Perang Dunia Kedua Jerman Adolf Hitler yang mana parti Nazinya melakukan ‘Holocaust’, pembunuhan beramai-ramai terhadap dijangkakan enam juta Yahudi Eropah.

Klu Klux Klan atau KKK adalah organisasi rahsia di Amerika Syarikat selepas perang saudara untuk menegakkan ketuanan kulit putih, nasionalisme kulit putih dan anti pendatang yang diekspresikan dengan keganasan.


“Mari kita berganding bahu untuk terus bersatu. Kepada rakyat Malaysia — terima kasih kerana datang ke Ipoh dan menunjukkan kepada mereka apa maknanya menjadi Anak Malaysia,” tambah Anwar.

Beliau memberikan reaksi kepada kenyataan Mohd Noor dalam forum semalam dimana bekas hakim itu memberikan amaran kepada komuniti Cina untuk bersedia menerima tindak balas daripada Melayu kerana “khianat” kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Bekas hakim itu dilaporkan menuduh Cina merancang untuk “merampas kuasa politik” daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari “setia kawan” Melayu. - TMI