Ketika penyandang Kota Belud Abdul Rahman Dahlan menerima sorakan paling gemuruh ketika diumumkan mempertahankan kerusinya, rakannya Ronald Kiandee tidak begitu beruntung.

Tidak lama selepas pengumuman dibuat, juga kedengaran suara bantahan lantang datang daripada seorang anggota Wanita Umno Lahad Datu yang hadir.
Beliau menjerit berulang kali dengan berkata tiada sesiapa akan menyokong calon Lahad Datu yang bukan anak kelahiran tempatan sebelum keluar daripada bilik acara di ibu pejabat parti itu di Karamunsing.
Musa sebelum itu mengumumkan bahawa Lahad Datu, yang diserang oleh 'Kesultanan Sulu', tidak akan dipertahankan oleh penyandangnya Datu Nasrun Datu Mansur, tetapi akan ditandingi oleh ahli perniagaan Yusuf Afdal. - Malaysiakini
Itu adalah petanda yang Umno-BN akan kalah di Sabah.