Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak
terpilih sebagai calon BN untuk mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang
dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.
BN
sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan
Che Pa walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal bertanding sebelum ini.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka berharap Ibrahim dipilih sebagai calon BN.
Beliau malah sanggup turun berkempen di Pasir Mas sekiranya langkah itu diambil.
Bagaimanapun,
seorang lagi pemimpin PERKASA Zulkufli Noordin dengan tidak
disangka-sangka dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang
penyandangnya Khalid Samad.
Sementara itu, veteran Umno Tengku
Razaleigh Hamzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang dan
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa pula
di Ketereh.
Datuk Seri Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok. - Malaysiakini
PR tolak, Umno-BN tolak, jadilah calon bebas syok sendiri.