Seorang peguam yang mewakili Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali
menafikan bahawa individu dalam video seks terbaru adalah anak guamnya.
Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau baru sahaja dilantik oleh Mustafa untuk mewakilinya.
"Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno.
"Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul," kata Asmuni yang juga pengerusi Lajnah undang-undang PAS.
Asmuni
(kiri) memberi amaran bahawa anak guamnya tidak akan teragak-agak untuk
mengambil tindakan terhadap pengeluar atau blogger yang memuat-naik
imej tersebut.
"Kalau kita tahu prodesur siapa yang terbitkan video ini kita akan ambil tindakan," katanya.
Mustafa
sementara itu mengeluarkan kenyataan satu perenggan mengatakan bahawa
beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang
diperkatakan itu.
"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam
saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu
perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily . - Malaysiakini
Ada bau 'memperbodohkan umat'.