Naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin dipilih
sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.
Zulkifli sebelum ini menang di Kulim Bandar Baru menggunakan logo PKR sebelum menjadi wakil bebas.
Namanya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN Selangor di Shah Alam hari ini.
Pertembungan ini pasti mengimbau kembali kes 2010 apabila Zulkifli dipecat oleh PKR, ekoran kes berkaitan Khalid.
Tindakan
itu diambil antaranya kerana beliau membuat laporan polis terhadap
Khalid atas dakwaan menghina enakmen Selangor yang menghalang bukan
Islam menggunakan kalimah Allah.
Menariknya juga, Zulkifli juga
kali ini akan menentang calon daripada PAS, yang juga parti lamanya,
sebelum menyertai PKR sebelum ini.
Najib ketika mengumumkan nama Zulkifli menyifatkannya sebagai "calon rakan BN".
Sementara itu, Bernama
melaporkan, Zulkifli bertekad menumbangkan Khalid kerana kejatuhan
Pakatan di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri dan paksi kekuatan
Selangor, bakal membuka jalan yang luas bagi BN merampas kembali negeri
itu.
"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera
BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan
mengembalikan Selangor kepada BN.
"Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Najib: Zul 'calon rakan BN'
Khalid
dalam pilihan raya umum lalu memperoleh 33,356 undi berbanding calon
BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada 2008.
Sementara itu, ketika ditanya mengapa bertanding bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas:
"hanya BN yang mampu membela nasib rakyat", tanpa menjelaskannya dengan
terperinci.
Mengulas kedudukan pencalonannya sama ada menjadi calon bebas atau
bakal menyertai Umno selepas ini, beliau menjawab: "Buat masa ini saya
di bawah BN, sebagai calon BN". - Mkini
Pasti berita ini sangat mengembirakan warga Shah Alam kerana tidak menyangka akan diberi peluang untuk 'menyembelih' pengkhianat ini.