KUALA LUMPUR 25 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
berkata, beliau memaafkan sesiapa sahaja termasuk bekas ahli Pas seumur
hidup yang pernah merancang membunuhnya pada 1988.
Menurutnya, beliau tidak pernah mengetahui rancangan sedemikian ketika menjadi perdana menteri.
"Saya berjalan sana sini tapi baru sekarang saya tahu ada orang nak bunuh saya.
"Tapi saya tak rasa apa-apalah pada mereka yang merancang itu. Saya
sentiasa memaafkan semua orang," katanya ketika ditemui pemberita di
sini hari ini.
Beliau mengulas hasrat C.N Al-Afghani yang mahu berjumpa dan meminta
maaf kepadanya kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri
itu pada 1988 kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. - UTUSAN
Akibat kebodohan sendiri, orang lain pula dipersalahkan.