KUALA LUMPUR, 24 Mac — Pakatan Rakyat (PR) berjanji mahu menghukum
mereka yang terlibat dalam "Projek IC" sebagai manifesto pilihan raya
untuk Sabah, dan menggunakan kemarahan berdekad penduduk asal ke atas
mereka yang terlibat memberi kad pengenalan kepada pendatang asing.
Pakatan pembangkang itu berkata inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) yang
ditubuhkan pentadbiran Najib seharusnya perlu mempunyai syarat
memastikan panel mempunyai kuasa menghukum mereka yang terlibat dalam
inisiatif kontroversi itu.
"Kita akan menguruskan RCI yang lebih komprehensif untuk
menyelesaikan masalah kedatangan pendatang haram di Sabah, bukan hanya
membersihkan sistem kewarganegaraan dan memastikan hanya yang
benar-benar layak sahaja dibenarkan mendapatkan kewarganegaraan, tetapi
mereka yang terlibat dengan Projek IC akan dihukum," kata pakatan
tersebut dalam manifestonya yang dimuatturun dari online.
Janji itu dikeluarkan selepas Sabah masih lagi terkejut dengan
pencerobohan yang berlaku oleh sekumpulan militan Filipina ke negeri
mereka, insiden yang dikaitkan dengan "Projek IC".
Militan seramai 200 orang itu mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari,
dan menggunakan laluan yang digunakan oleh penduduk selatan Filipina
yang beragama Islam ke utara Sabah. - TMI
Belum perintah sudah 'ghairah' hendak menghukum orang. PR sepatutnya fokus kepada kebajikan semua rakyat. Manifesto sepatutnya juga ke arah 'buang yang keruh ambil yang jernih'.