PUTRAJAYA, 24 Mac — Putrajaya menyerahkan 1,000 permit teksi individu
hari ini dan menjanjikan lebih lagi yang mana Datuk Seri Najib Razak
berkata ianya merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan
janjinya.
Pengumuman itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha
pentadbirannya untuk meraih sokongan 700,000 pengundi daripada kelompok
pemandu teksi diseluruh negara yang marah dengan kelewatan pembaharuan
dalam industri tersebut.
“Apa yang saya janjikan? Saya berjanji permit teksi individu.
Walaupun banyak syarikat memberi pekerjaan, namun ada yang
mengeksploitasinya.
“Ini satu lagi janji ditepati kerajaan,” kata Najib kepada 5,000
pemandu teksi dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya di sini.
Sistem sewaan sedia ada yang mana teksi dikehendaki membayar setinggi
tiga kali pendapatan mereka kepada syarikat yang kebiasannya dikaitkan
dengan politik yang digambarkan sebagai “perhambaan alaf baru.” - TMI
Umno-BN sudah nazak, baru nak beri, itu pun sebilangan kecil yang dapat. Beza pemimpin yang sayang rakyat dengan pemimpin yang lupa diri.