KUALA LUMPUR, 23 Mac — Keluarga Kiram mendakwa lapan yang dihadapkan
ke mahkamah kerana menceroboh Sabah adalah rakyat Malaysia dan bukan
rakyat Filipina, mengatakan dua daripadanya sudah maut dalam pertempuran
dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Abraham Idjirani, jurucakap kepada lelaki yang mendakwa dirinya
sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III memberitahu media Filipina
kesultanan tahu mengenai “lelaki gugur” itu dari sumber di Sabah.
“Apakah
Malaysia menghidupkan semuala dua lelaki RSF itu?” soal Idjirani
merujuk kepada “Tentera Di Raja” kepada kesultanan Sulu.
“Asas kami untuk mengatakan mereka bukan rakyat Filipina berdasarkan
dari sumber kami di Sabah yang menelefon untuk mengatakan mereka adalah
rakyat Malaysia. Mereka bukan rakyat Filipina,” kata beliau dipetik dari
Philippine Daily Inquirer.
“Untuk mengesahkan ini, mereka (pihak berkuasa Malaysia) perlu
mendedahkan di mana mereka ditangkap,” katanya. “Jika mereka ditangkap
di luar Lahad Datu, mereka adalah orang awam [Malaysia].
“Mereka cuba untuk membuat rakyat Filipina takut, kerana pasukan
keselamatan Malaysia telah menjadi kasar kerana akta keselamatan dalaman
negeri mereka,” tambah Idjirani.
Beliau mengenalpasti dua yang didakwa mati dalam rekodnya dikenali
sebagai Holland (dieja “Holan: oleh Idjirani) Kalbi dan Lin Mad Salleh
(dieja “Ling Mad Salli” oleh Idjirani).
Idjirani mengatakan Kalbi dan Salleh adalah diantara pengikut Jamalul
yang terbunuh dalam serangan di kampung Tanduo di bandar Lahad Datu
pada 1 Mac.
Beliau merujuk kepada serangan polis terhadap kumpulan Agbimuddin di mana 18, bukan 10, pengikut Jamalul terbunuh.
Akan tetapi akhbar Filipina melaporkan Syarulnizam Sallah, pengerusi
jabatan hak asasi manusia Persatuan Peguam Sabah (SLA) mengatakan lapan
yang didakwa melancarkan aksi militan dan melancarkan perang adalah
rakyat Filipina.
Salleh memberitahu akhbar tersebut beliau mengetahui mengenai
kerakyatan lapan lelaki itu semasa mesyuaratnya dengan Peguam Negara
Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail pada Khamis malam.
Walau bagaimanapun, SLA memuatnaik di laman sesawang meraka pihak
berkuasa Malaysia bukan sahaja menahan rakyat Filipina tetapi juga
rakyat Malaysia dalam operasi keselamatan untuk menamatkan pencerobohan
kumpulan yang mendakwa diri mereka memegang takhta kesultanan Sulu.
Pihak berkuasa Malaysia telah menahan 108 orang yang disyaki
mempunyai kaitan dengan kumpulan Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul,
Agbimuddin Kiram.
Lapan yang dituduh sebagai pengikut Sultan Jamalul dihadapkan
dihadapan Hakim P Ravinthran di Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis untuk
menghadapi pendakwaan dibawa oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap
mereka sehari sebelum itu.
Kalbi, Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa melancarkan
keganasan di Sabah. Jika didapati bersalah, mereka akan dipenjarakan
seumur hidup.
Atik Hussein Abu Bakar dan Basad H juga didakwa kerana keganasan dan
juga melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Jika didapati
bersalah, mereka akan dihukum mati.
Kadir Uyung dan Tiong Lating dituduh melindungi kumpulan pengganas,
dan menghadapi hukuman penjara seumur hidup. Mereka telah ditangkap atas
tuduhan itu di Tanjung Labian pada 4 Mac, sehari sebelum tentera
Malaysia melancarkan operasi udara dan tanah untuk menghancurkan
kumpulan Agbimuddin.
Tiada pengakuan dicatatkan bagi lapan tertuduh berikutan permohonan
oleh Abdul Gani, yang mengetuai pasukan pendakwa. Kes itu akan bermula
pada 12 April.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur
mengatakan mereka mengalu-alukan jaminan Gani lapan rakyat Filipina akan
diberikan bantuan guaman.
Kedutaan dan Salleh dari SLA mengatakan mereka bekerjasama untuk peguam bagi yang didakwa. - TMI
Kesan projek IC?