Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu
majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa
supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".
Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.
"Saya
nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi
satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di
Malaysia ini.
"Selepas
pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti
DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di
satu tempat sebagai majlis kesyukuran.
"Dan dalam majlis
kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa
supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar
sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.
Nasharuddin
juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu
dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini.
Dalam
ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar
pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan
prosiding saman ke atasnya.
"Saya nak kata yang (Karpal)
anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak
berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.
Beliau
berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di program Wacana
Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia. - Malaysiakini
Dia suka dia dipecat dari PAS. Kalau nak pecat nanti lepas PRU13.