Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mendakwa, seorang
pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak
pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.
"Saya
pernah tanya soalan pada seorang pimpinan PAS sebanyak dua kali. Pernah
tak dalam sejarah kegemilangan Islam bermula pada zaman Rasulullah
sehingga saat soalan saya tanya, kemenangan Islam itu dibantu oleh orang
kafir?
"Dua kali dia jawab tak pernah dan tak akan berlaku.
(Jadi) kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam itu sendiri,"
katanya tanpa menamakan pemimpin PAS yang dimaksudkannya itu.
Beliau
mengulas demikian ketika membentangkan kertas kerjanya pada Wacana
Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional di Pusat
Dagangan Dunia Putra petang ini.
Dalam pembentangan itu,
Nasharuddin Mat Isa membangkitkan persoalan sama ada golongan bukan
Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama (marriage
of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata
untuk meraih sokongan di peti undi".
"Atau sememangnya benar
bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan
benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti
umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah
pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?," soalnya.
Dalam
sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia
sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung
kerjasama antara PAS dan DAP.
"Jadi tindakan daripada parti
terpulanglah. Ya (bersedia jawatan dilucutkan). Bagi saya Islam itu yang
harus dipertahankan, keahlian perkara nombor dua," katanya.
Beliau turut mengulangi bahawa pendiriannya amat jelas dan akan mengutamakan agama Islam berbanding menjadi ahli PAS.
Bagaimanapun, MP Bachok itu berkata beliau buat masa ini masih belum merancang untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.
"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya. - Malaysiakini
Ibarat gantung tak bertali. Hendak kahwin dengan Umno tidak boleh, hendak bersama dengan PAS tetapi tidak laku. Baru nampak rasional dia tidak dipecat.