|
'Mohon maaf terbuka atau menghadapi pendakwaan terpilih'.
Teori ini nampak logik bila tiada pendakwaan dibuat nanti.
Lakonan akan nampak cantik bila Najib secara terbuka memaafkan
tanda dia miliki sifat yang mulia. |
Selepas 15 jam dalam tahanan polis, gadis yang ditahan kerana memijak gambar perdana menteri
memohon maaf secara terbuka.
Bercakap
dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee,
19, menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghasut.
Bercakap
kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya,
Ong berkata beliau menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan
ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak demikian.
"Dia (Ong) memohon maaf dan menegaskan itu bukan hasratnya.
Dia tidak berniat menghasut," kata peguam Eric Tan. - Mkini