KULIM - Seorang lelaki yang merupakan pengusaha kedai jahit berusia 67
tahun, cedera parah di bahagian perut kerana ditembak tiga lelaki dari
jarak dekat di pekan Kulim, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata ketika
kejadian, mangsa bersendirian di kedainya setelah isteri dan cucunya
keluar untuk makan tengah hari. Menurutnya, mangsa didatangi tiga lelaki
sebelum memaksa mangsa menyerahkan wang.
“Mangsa bagaimanapun enggan berbuat demikian. Tindakan mangsa
membuatkan seorang daripada suspek tidak puas hati dan melepaskan
tembakan pada perut mangsa.
“Siasatan awal dijalankan polis mendapati senjata digunakan suspek
adalah senjata buatan sendiri dan menggunakan peluru penabur,” katanya.
Ghuzlan berkata, ini merupakan kejadian pertama di Kulim di mana mangsa ditembak dalam kejadian samun.
Mangsa yang mengalami kecederaan mendapat bantuan dari ahli Pertubuhan
Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) dan Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM).
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk menjalani pembedahan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.
Kes ini akan disiasat dibawah seksyen 395/396 kerana melakukan samun bersenjata,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim ketika ditemui di
pekarangan Hospital Kulim berkata, doktor sedang berusaha mengeluarkan
peluru penabur yang mengenai bahagian perut mangsa. - SH
* Bukan kadar jenayah semakin turun.